ESQ Zabib Blended® merupakan formula yang terbaru dan lebih efektif dan inovatif yang diformulasikan oleh Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman, menggabungkan bahan-bahan alamiah yang sudah tersedia mempunyai kekuatan Daya Rangsangan bagi memaksimakan fungsi otak. Bahan alamiah ini terdiri dari bahan-bahan yang sering digunakan oleh para genius Islam seperti zabib, madu, cengkih, halia, kurma dan badam. Formulasi ini juga disinkronisasikan secara holistik dengan menerapkan 27 level bioenergi, 7 gelombang Hizib yang mempunyai kekuatan Perlindungan, Pencegahan, Penghancuran, Kebesaran dan Kemuliaan, doa-doa pembangkit gelombang otak, Frekuensi Kalamullah, Kod 99 Asmaul Husna dan kekuatan Bioenergi. Gabungan unik ini menjadikan produk ESQ Zabib Blended® istimewa dan padat dengan faedah-faedah kesihatan yang cukup banyak dan yang paling utama ialah kemampuan membekalkan nutrien dan zat kepada badan terutamanya otak dan membantu menggalakkan proses pemikiran yang lebih cerdas dan efektif.
Ia dapat meningkatkan daya kreativiti, pemikiran, ketahanan otak, lebih cerdik, otak yang lincah, dapat membantu mengingat semula dengan baik, meningkat kebolehan dalam matematik dan sains. Ia juga berfungsi untuk mempercepatkan dan memudahkan peredaran darah dalam otak. Sistem darah di dalam otak dapat berfungsi dengan cepat dan baik, sekaligus meningkatkan kecerdasan otak. Ianya lebih efektif dan inovatif dalam sistem saraf dan dapat mengaktifkan serta menguatkan sistem tubuh badan bagi melawan penyakit, keletihan, kelemahan dan serangan energi yang berbentuk negatif secara spiritual.
KENAPA DINAMAKAN ESQ Zabib Blended®
Kekurangan aliran O² (oksigen) ke otak telah menyebabkan kelemahan tenaga spiritual, emosi dan fikiran yang lebih dikenali sebagai Kecerdasan Intelektual, Emosional dan Spiritual. Otak memerlukan oksigen 24jam sehari. Bila otak kurang menerima oksigen maka kecekapan otak akan terganggu. Justeru itu berlakulah pelbagai gejala kurang sihat seperti lemah memori, kurang tumpuan, lemah fikiran, hilang semangat, tidak kreatif, hilang keyakinan diri, malas, mengantuk, mementingkan diri sendiri, tidak produktif, sangka buruk, sikap sambil lewa dan yang parahnya ialah wujudnya super ego dalam diri dan lain-lain.
Kecerdasan Intelektual (IQ)
Aktiviti fizik yang berkaitan dengan otak kiri yang mempunyai kemampuan intelektual, menganalisa, lojik dan rasional. IQ dibimbing oleh lima (5) langkah kecerdasan yang bersumberkan pada nilai RUKUN ISLAM.
Kecerdasan Emosional
Aktiviti dalaman yang berkaitan dengan otak kanan yang mempunyai kemampuan mendengar suara hati sebagai sumber maklumat seperti komitmen, loyaliti dan kepekaan. EQ dibentuk oleh enam (6) prinsip yang bersumber dari nilai RUKUN IMAN.
Kecerdasan Spiritual (SQ)
Aktiviti kerohanian yang melibatkan hati (kejiwaan) yang menghasilkan kejujuran, kesetiaan, amanah, sopan santun, berakhlak mulia, berani, bersemangat dan mampu untuk merasai keberadaan ILahi. SQ berisi suara hati ILahiah (Fitrah) bersumber dari percikan nilai IHSAN.
Kesempurnaan fungsi minda keseluruhannya bergantung kepada berlakunya sinkronisasi terhadap ketiga-tiga kecerdasan di atas secara seimbang. Ramai manusia manusia gagal bukan disebabkan mereka dilahirkan bodoh tetapi adalah kerana mereka belum menggunakan sepenuhnya fungsi minda yang terpendam dan tiada tenaga rangsangan yang perkasa diberikan kepada otak untuk membolehkannya berfungsi ke tahap yang maksima.
Kandungan ESQ Zabib Blended®
• Madu Lebah (Apis Cerana) - Makanan lengkap yang diturunkan dalam Al-Quran. Membekalkan tenaga serta nutrien dan membantu menghilangkan keletihan serta perkembangan minda.
"Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Sabda Rasulullah SAW., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu Madu dan Al-Qur'an."
Kelebihan Madu dari Sudut Sains
Sebenarnya madu amat banyak faedahnya kepada manusia, antara yang terbukti oleh sains ialah:
Madu mengandungi vitamin dan antioksidan ("pinocembrin" yang hanya boleh ditemui di dalam madu), tetapi ia bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.
Menurut kajian sains, terdapat 2 peringkat tenaga yang dibekalkan oleh madu. Glukos dalam madu diserap dengan cepat oleh badan dan memberikan tenaga segera. Fruktos pula diserap lebih perlahan lantas membekalkan tenaga berterusan kepada badan manusia.
Dr. Paul Gold seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia berkata , "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam madu"
Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperolehi lebah.
• Badam (Prunus Dulcis) - Membekalkan pelbagai vitamin dan mineral selain serat, protein, lemak dan kandungan fitokimia. Satu hidangan badam (23 biji) mengandungi 35% nilai keperluan harian (DV) antioksidan, 20% DV magnesium, 15% DV fosforus dan 13% DV riboflavin.
Badam mengandungi 59% lemak dan 21% protein yang berkualiti seperti protein susu. Ia juga mengandungi vitamin A dan B disamping mineral-mineral seperti kalsium, magnesium, kalium, fosforus dan ferum. Badam tidak mengandungi bakteria pereputan (putrefactive bacteria). Oleh itu ia tidak mudah mereput walaupun di dalam badan. Dari itu badam boleh dianggap sebagai makan yang bersih dan steril. Setiap 100gm badam boleh memberikan 661 kalori tenaga, hampir menyamai mentega.
Badam berkhasiat di dalam kes diabetes kerana ia tidak mengandungi kanji. Selain dari itu, badam juga berguna di dalam kes-kes riketsia, radang ginjal (nephritis), tifoid, pereputan instestin, cirit busuk (putrid diarrhea), anemia sekunder dan keasidan badan (hyperadcidity). Campuran badam di dalam minuman juga baik untuk mereka yang banyak menggunakan tenaga minda di dalam tugasan harian.
• Habbatus Sawda (nigella Sativa) - Memberi kesan kepada paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti dan memudahkan penghadaman.
Habbatus Sauda' atau juga dikenali dengan nama Jintan Hitam adalah sejenis herba yang mempunyai banyak khasiat dan kelebihan. Herba ini terkenal sejak zaman dahulu lagi malah dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Tetaplah kamu dengan Al-Habbatussauda’ ini, kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali As-Sam (Maut).” Riwayat Al Bukhary
Kajian moden mendapati Habbatus Sauda’ mengandungi zat-zat mineral yang amat diperlukan untuk meningkatkan daya ketahanan badan manusia. Ia mengandungi bahan-bahan kesihatan sistem jantung seperti lemak tak tepu, Asid Alpha – Linolenic (Omega – 3), Asid linoleic (Omega – 6), 15 jenis asid amino termasuk 8 dari jenis yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh.
Jurnal Saintifik Amerika Syarikat melaporkan Habbatus Sauda’ bermanfaat pada tubuh kerana ia mengandungi bahan antihistimin, antioksidan, antibiotic, antimycotic (basmi kulat) dan kesan pengembangan saluran pernafasan yang penting bagi penyembuhan sakit bronchitis dan batuk.
Secara tradisi Habbatus Sauda' digunakan untuk mendapatkan faedah-faedah berikut:
* menguat dan menambahkan daya ketahanan badan,
* mengeluarkan angin dalam badan,
* melawas kencing,
* melancarkan kitaran haid,
* menggalakkan kesihatan kulit dan kuku,
* meningkatkan pengeluaran susu ibu
dan digunakan untuk mengawal kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes mellitus atau penyakit kencing manis.
• Kurma (Phoenix Dactylifera L) - Mengandungi karbihidrat, lemak, protein dan vitamin C yang dapat membekalkan tenaga. Dari segi saintifik, ia berkesan mengubati gangguan usus, masalah sembelit serta penawar mujarab untuk insomnia. Kurma juga memudahkan proses kelahiran serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat istimewa serta kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". - Kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) - Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001.
Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
Mengikut pendapat pakar perubatan lain, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Mungkin inilah hikmatnya apabila wahyu diturunkan oleh Allah kepada ibu Nabi Isa a.s iaitu Saidatina Maryam binti Imran menyuruh beliau memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas melahirkan Nabi Isa A.S.
Menurut Prof Madya Aslah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Sebagaimana kita tahu, perbuatan memberi makan kurma kepada kanak-kanak yang baru lahir adalah sunnah Rasulullah S.A.W sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Rasulullah SAW lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."
• Tin (Ficus Carica) - Sumber flavonoid dan polifenol yang baik di samping kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Iannya berkhasiat untuk menghilang batu karang dalam buah pinggang dan kencing batu karang, anti racun, mengatasi sakit tenggorokan, dada dan tekak, mencuci liver dan limpa, membersihkan kahak serta memberikan suntikan gizi yang banyak pada tubuh dan berguna untuk penyakit saraf. Amat baik sekali jika dimakan bersama dengan badam dan buah pala. Diriwayatkan oleh Abu Darda r.a bahawa dia pernah menghadiahkan kepada Rasulullah SAW sepiring buah tin. Baginda SAW berkata, ”Makanlah” Maka Abu Darda ikut memakannya bersama baginda. Baginda SAW bersabda,”Kalau kukatakan bahawa ada buah yang turun dari syurga, pasti kupastikan: inilah buahnya. Kerana buah syurga itu tidak berbiji...” (Metode Pengubatan Nabi SAW – Ibn Qayyum Al Jauziyyah)
• Zabib (Vitis Vinifera) - Memperbaiki daya ingatan, melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembungan air besar dan melawan bakteria mulut. Allah swt telah menyebut mengenai buah anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali. Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya. Dinyatakan di dalam kitab "At-Tib An-Nabawi" (Perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut." Zabib mengandungi mineral (kalsium & fosforus), Vitamin A & B, glukos dan fruktos. Zabib juga mengandungi kegunaan untuk hafalan. Az Zuhri berkata, :Barangsiapa yang ingin menghafal hadis, hendaknya dia makan zabib.”
• Halia (Zingiber Officinale) - Halia dapat merawat masalah angin (karminatif), merawat inflamasi, mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati. Allah berfirman dengan maksudnya: ”Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah halia....” (Al Insaan ayat 17). Halia dapat menghangatkan tubuh, membantu pencernaan, melembutkan makanan dalam perut dengan stabil, mengatasi penyumbatan liver, dijadikan celak mata, membantu kemampuan seks, mengusir angin dalam badan, mengharumkan bau mulut dan menambahkan daya hafalan.
Jika ada apa-apa pertanyaan tentang produk ini, silalah emailkan kepada Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman dr_hjshahrin@yahoo.com
llink blog:
http://mindgymkursus.blogspot.com
http://qalbunsalimhealingcentre.com
ESQ ZABIB BLENDED®
Posted by
Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman
, Saturday, October 11, 2008 at 10:35 PM, in
Labels:
Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment